Saturday, January 23, 2010

Kalau nak, usaha sendiri...

Semalam adalah hari pengumuman calon yang layak bertanding untuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM (dekat banner seluruh UiTM tulis Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), tapi aku guna MPP la sebab nak bagi sma dengan universiti lain)... So tahniah kepada Mohd Dzulfikri (Panjang) dari Fac Business dan Syawal (Chemical Eng.) kerana tercalon... Selamat berkempen dan berjaya...

Sebenarnya dari dulu lagi, sejak jadi Badan Wakil Pelajar (BWP) kat MRSM lagi aku dah bercita-cita nak masuk MPP... so waktu kat KMPP aku masuk JPP untuk nak tambah pengalaman... tapi bila sampai waktu yang dinanti-nanti, tak tau kenapa tiba aku rasa takut... mungkin memikir pencapaian akademik yang tak seberapa... mungkin aku terlalu merendah diri sehingga malu untuk mengambil borang kerana tak mahu nanti orang kata syok sendiri... (ye la, aku ni bukannya orang yang ramah or yang selalu bergaul dengan orang yang kurang dikenali... aku hanya berkawan dengan orang yang rapat dan berada dalam satu organisasi yang aku ceburi). Juga mungkin kerana aku seorang yang suka ikut...(kalau tak ada kawan join, aku pun tak join...)

Tapi semalam tiba-tiba aku rasa menyesal... kenapa aku tak ambil borang, isi dan hantar, tercalon dan bertanding untuk menjadi MPP sebagai pernah aku lakukan sewaktu nak masuk BWP dan JPP... rasa menyesal kerana aku tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai benda yang aku idamkan sedangkan peluang terbuka luas di depan mata...

Untuk meredakan penyesalan, aku berazam untuk lakukan yang sehabis baik bagi jawatan yang aku pegang sekarang (Jawatankuasa Perwakilan Kolej Teratai : Bendahari Kehormat, Kompeni C : Setiausaha, MultiMedia Computing Society : Biro Teknikal) dan juga mungkin boleh mula berkempen untuk dicalonkan dalam Majlis Perwakilan Komander Kesatria nanti...

-Kejayaan hanya datang dengan usaha-