Friday, December 9, 2011

Bubur Asyura....

Muharram datang lagi... Kalau kat rumah ni mesti la orang taman aku tengah plan nak wat bubur asyura... Selalunya aku tak dak la exited sangat pasal bubur ni... Tapi tak tau kenapa, tiba-tiba hari Selasa lepas aku rasa teringin sangat nak makan bubur asyura ni... Kalau kat rumah dulu, tunggu orang hantar ja... tapi kat sini celah mana nak tunggu orang hantar... So aku decide nak masak sendiri memandangkan Teratai dah ada pantry dan bahan-bahan dia pun bukannya susah sangat... Pukul 9.00 malam aku keluar beli barang kat Giant seksyen 7... Semua aku beli kat situ... Balik pantry terus siap2 rebus keledek dan kacang hijau... Dah siap rebus, aku pergi meeting JPK sampai pukul 12.15 tengah malam... Gila tak gila, pukul 12.30 tengah malam, start masak... dah la masak sorang2... pukul 1.15 siap...

Bubur Asyura (utara)

1 liter santan
1 cawan gula putih
1 gula merah/gula melaka - dilarutkan dan ditapis
1/2 cawan tepung beras - dibancuh dengan 2 cawan air
1 cawan kacang hijau - direbus
1 biji keledek - dipotong kecil dan direbus
2 biji pisang nangka - dipotong kecil
1 tin jagung (whole kernel) - kalu nak fresh, beli jagung tongkol, potong isi
1/2 cawan sagu putih - dibilas
2 helai daun pandan
sedikit garam



Langkah pertama - Masukkan santan, gula melaka dan gula putih ke dalam kuali dan kacau dengan api perlahan sehingga semua larut dan mendidih sedikit...


Langkah kedua - Masukkan semua bahan-bahan lain



Langkah seterusnya - Masukkan sagu dan kacau sehingga sagu bertukar menjadi jernih



Setelah masak, masukkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk...


Selamat Mencuba!!!

*First time aku buat benda alah ni dan menjadi... mesti bangga mak aku kalau dia tau... hakhak...


*ESOK NAK TENGOK OMBAK RINDU*

Terhantuk Cinta : Nikah Khitbah Solusinya...



Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk menghadiri satu forum dengan tajuk yang amat menarik... "TERHANTUK CINTA : Nikah Khitbahnya solusinya"... Forum ini berlangsung di Perkarangan Pejabat Kolej Teratai dengan ahli panelnya adalah Ustaz Mohd Afiz Hasan & Ustazah Rasyidah daripada CITU UiTM dan moderatornya adalah saudara Syafik, Exco Kerohanian & Kaunseling UiTM...

Apa itu Nikah Khitbah??? Nikah seperti yang semua maklum maksudnya, tak perlu dijelaskan lagi... Khitbah pula secara bahasanya adalah bertunang... So secara overallnya, nikah khitbah ini adalah bertunang secara nikah... ia adalah bag menghalalkan perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram...

Tidak seperti amalan bertunang yang diamalkan oleh masayrakat Melayu sekarang... Nikah khitbah ini dijalankan mengikut prosedur pernikahan biasa yang telah digariskan syarak dengan memenuhi rukun-rukun nikah (suami, isteri, wali, 2 orang saksi, akad) yang ditetapkan... Jadi pasangan tersebut secara syaraknya adalah sepasang suami isteri yang sah... mereka juga boleh melakukan perkara yang halal dilakukan oleh pasangan suami isteri yang lain...

Satu perkara yang membezakan nikah khitbah dengan nikah mutlak adalah, pasangan tersebut tidak boleh melakukan persetubuhan dan tinggal sebumbung... Wanita yang bernikah khitbah masih lagi di bawah tanggungan ibubapanya selagi dia belum bersetubuh dengan suaminya... Apabila persetubuhan berlaku, tanggungjawab tersebut akan jatuh kepada si suami yang mana dia perlu memberikan nafkah zahir dan batin kepada isterinya... Sang suami juga perlu meminta kebenaran ibu bapa isteri jika ingin membawa isterinya keluar...

Nikah khitbah ini dilihat sebagai penyelesaian untuk masalah-masalah remaja yang sedang hanyut dalam cinta... Nikah khitbah dapat membanteras gejala-gejala negatif berlaku berdasarkan pergaulan yang bebas dalam bercinta...

Monday, June 13, 2011

The memory just come by...

Finally, setelah lebih kurang sebulan tengok (tak de la sampai tiap2 hari...) akhirnya habis jugak Glee season... Lagu 'Somewhere Over The Rainbow' in the last scene tu memang mengingatkan aku kepad kenangan tahun 2005 where i joined the school's drama team... the team were setup to compete in the Minggu Bahasa MRSM Zon Utara... The theme was, MUSICAL... since then, i just like musical...

Bermula dengan Minggu Bahasa Zon Utara di Langkawi... memang tak sangka kami boleh jadi Johan drama termasuk dengan anugerah2 khas (Best Actress, Best Supporting Actor, Best Director & Best Costumes)... Who knew, dengan hanya 9 hari preparation (casting, props, costumes, rehearsal) semua ni menjadi... tambahan pulak dengan isu-isu dan krisis yang melanda the day before the competition...

Habis je Minggu Bahasa, tiba2 pulak dapat jemputan mewakili Daerah Pendang untuk English Drama Competiton peringkat negeri Kedah... sekali lagi, semua bekerja keras... (rumour said that this is the first time MRSM join this competition sebab MRSM macam dipandang slack... Kata orang juga, kami dijemput pun memang sebab dah memang tak ada drama team lain kat daerah Pendang ni... so to play safe, dorang pun jemput kami...)... Tema bagi competition tu, BEBAS... so sekali lagi kami present our 'Wizard of Oz'... we end up getting the Runner-Up even though memang kami confident untuk menang sebab our presentation really different with others yang typically cerita pasal dadah and teenage social problem... But once again, Umi got the Best Actress. One of the judges (an English woman) said that your team should be the winner... Chief judge kata, our team just get less 5 marks from the winner in the 'originality' part... Kalau tidak, dah boleh wakil Kedah dah untuk national level...

Then come the 'kemuncak segalanya'... Minggu Bahasa MRSM Peringkat Kebangsaan di MRSM Pengkalan Chepa... Persiapannya macam biasa... cuma lebih psiko sebab bilik latihan untuk keempat-empat team sebelah2 je... Juara jatuh kepada MRSM Serting, Naib Juara tak pasti dapat kat siapa... dorang just announce Winner & Runner-Up je... so kami pun self proclaim dapat nombor 3 sebab at least kami dapat gak Best Actress (once again, that goes to Umi)... another 1 team tak dapat apa-apa pun...

Frankly, the time with the drama team is the most memorable experience sepanjang 5 tahun di MRSM Pendang... masih tebayang-bayang waktu audition... aku nyanyi lagu westlife (dah tak ingat lagu apa)... actually memang nervous sangat waktu tu... rasanya itu first time aku serius acting (chewaahh...)... sebelum ni, persembahan atas pentas yang lain (minggu aktiviti & etc...)
cuma main2..




Rehaersal time (tak semua ada...)


Izrati ( aku dah lupa hang watak apa) & Nural The Wicked Witch



aku paling suka time make-up... that was the moment i missed the most... putih berkilat Fakhri waktu ni... huhu...





Backstage


Ini saja gambar yang aku ada (ye la, dulu mana digital camera ni mahal... DSLR apatah lagi... Ada kamera filem pun dah cukup bangga...)... Actually aku tak perna tengok balik pun persembahan kami... tak tau la ada ke tak video untuk ketiga-tiga persembahan ni... Serius teringin gila nak tengok video ni...

Wednesday, June 8, 2011

Dunia2...

Pelik-pelik dunia zaman sekarang..

Pegawai tentera pun boleh tukar jantina... ish3... (klik gambar untuk paparan besar)

Pelikkan, lepas 6 bulan baru laki ni tau... tu pun sebab orang bagitau... apa yang dia buat dengan bini dia dalam 6 bulan tu??? Musykil2... (klik gambar untuk paparan besar)

Saturday, June 4, 2011

Kena Saman...

Aduh... first time kena saman... macam mana la aku boleh tak perasan yang lesen aku dah 2 minggu mati... yang JPJ pun, kenapa la yang buat roadblock kat situ... dah la lepas selekoh, memang unexpected la... selalunya kalau kena tahan, tunjuk lesen, lepas tu lepas la... so semalam waktu kena tahan, dengan confidentnya aku bagi lesen... tengok-tengok dah lesen dah mati 17/5/2011... adoi... My lesen yang dah mati...

Surat saman


Wednesday, June 1, 2011

Really!!! Never judge a book by it's cover...

Cuma nak mengingatkan diri sendiri supaya jangan terlupa tentang benda perkara ni... Aku selalu tengok video Susan Boyle ni sebab it is one of a very good example the above phrase...




Boleh anda lihat Simon Cowell (termasuk la audience) punya expression waktu Susan ni masuk pentas dan waktu dia kata dia nak jadi professional singer dan nak nyanyi lagu Elaine Paige... When she started singing, semua orang amazed... siap bagi standing ovation... I really found this video is very inspiring...

Aku pun nak kawen gak....

Bila masuk musim cuti sekolah, ramai la orang pakat-pakat nak kawen... kadang-kadang jeles gak tengok orang kawen ni... Bertambah jealous bila tengok kawan-kawan sepermainan dah kahwin (walaupun dorang tua setahun, dua daripada aku)... event ada yang dah beranak pun... tapi bila fikir-fikir balik, siapa nak kawen dengan aku??? calon pun tak ada lagi... tapi tak pe la, mungkin bukan rezeki...

Apa-apapun tahniah buat KM (B) Mohd Syafiq Mohamad Fadeli kerana dah dapat satu pangkat lagi, 'Suami'... harap-harap tahun depan boleh naik satu pangkat lagi...


berlagak guna tengkolok kat abang ipar aku =)

Monday, May 30, 2011

Kung Fu Panda 2


Niat asalnya aku nak pergi tengok Nur Kasih... aku sampai kat wayang pukul 12.00 tgh hari dan movie tu start pukul 12 jugak... nak tengok next session pukul 3 lebih pulak... so terpaksa aku tengok Kung fu Panda ni pukul 12.35 sebab malas nak menunggu.. (still ada dalam to-watch-list selain Karak and Priest...)



Aku masuk hall tepat pukul 12.35, tapi movie ni dah start... aku cukup tak suka movie start sebelum aku masuk... kalau aku aku masuk on-time pun movie ni dah start, maknanya memang diorang start movie ni awal la... kalau kat KL, pukul 12.35 tu baru start iklan... lepas 10 minit baru start movie...

Ok, berbalik kepada Kung fu Panda... jalan cerita kali ni, the The Dragon Warrior & Furious Five perlu menyelamatkan Kung fu daripada dihapuskan oleh seekor burung merak, Shen, anak kepada salah seorang pengasas Kung fu yang ingin menguasai China... Shen telah membunuh Master Rhino, mahaguru Kung fu yang paling handal... waktu tengah lawan dengan musuh, dia mula dapat vision pasal parent dia waktu dia kecik... pastu, tengok sendri... huhu...

Comment : overall memang best... Jalan cerita, cinematografi, animation memang best... lawak2 lawak pun menjadi dengan keselamberan Jack Black... it is a must see movie tambah2 kepada orang yang memang dah pernah tengok first movie...

4/5 *

Alhamdulillah...

Alhamdulillah... lega bila dah dapat tau result (officially result akan keluar 17/6/2011... jangan jeles) Mana tak nya, akhirnya lulus aku LULUS gak Calculus 2 setelah kali ketiga amek... memang risau kalau fail buat kali ketiga sebab aku akan dismissed with status D4... pastu kena buat rayuan and kena ambil special exam untuk lulus... memang agak renyah jugak la...



Supposed ada sekali dengan GPA & CGPA... tapi tak pe la... korang kira sendiri la... kalau tengok kat situ, markah Calculus II dan Data Comm cukup2 50... minimum untuk lulus... rasanya memang lecturer tolong la (hari tu first time aku tulis note luahan perasaan dalam kertas jawapan Calculus II untuk lecturer... balik exam pulak terus email lagi, termasuklah data comm.)... Thanks to Miss Hanimah & Pn Yati... Satu lagi, agak sayang bagi Philo dan research proposal... lagi 1 markah lg bleh naik satu gred...
tapi bila kira2 balik, possibility untuk 2nd class upper (cgpa >=3.00) masih ada andai aku capai target untuk next sem...

sekali lagi, aku berazam untuk berubah... Huhu...

Wednesday, May 25, 2011

Aku kembali....

rasanya macam baru semalam aku last post kat sini (ye ke???)... sat2, nak tengok sat... oh my!!! my last post was on March 20, 2010... dah setahun lebih rupanya... tapi tak pa la, now i come back (padahal dah dekat sebulan dah aktifkan balik blog ni)... tapi takpa la, at least hari ni tercapai jugak la...

Actually ku masih mencari-cari konsep yang nak dibawa dalam blog ni... otak masih buntu... mungkin blog ni akan tempat meluahkan perasaan dan berkongsi cerita2 tentang diri aku anda benda2 yang menarik perhatian aku la kot...